Wednesday, February 9, 2011

~AlHaMdUlIlLaH~

Alhamdulillah,syukur pada yang maha Esa,dengan rezqi yang dikurniakan,sejurus pulangnya hamba Allah ini ke tanah air,beliau terus ditawarkan untuk menjadi salah seorang pendidik di salah sebuah sekolah menengah di negeri Kedah tetapi agak jauh dari tempat tinggal sekarang iaitu,beliau memilih untuk menetap di kampung bersama-sama kedua orang tua beliau.Oleh itu,beliau telah ditukarkan untuk mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Sanglang yang terletak tidak jauh dari rumah beliau.Setelah beberapa tahun menjadi guru agama di sekolah tersebut,beliau telah diberi amanat oleh Majlis Agama Daerah Kubang Pasu untuk dilantik sebagai imam masjid Kampung Manggol Bongor.Ustaz Asri telah menjadi imam besar masjid Manggol Bongor pada akhir tahun 2009.Perkhidmatan beliau sebagai imam masjid boleh dikatakan sebagai baru detik permulaan bagi suatu perjalanan yang masih panjang,insyaAllah.Sebagai seorang imam yang masih baru berkhidmat,beliau mengatakan masih banyak yang perlu dipelajari dan digali ilmu kepimpinan ini.Walaupun hanya menjadi khalifah di sebuah kampung yang tidaklah terlalu ramai penduduknya,tetapi tugas ini haruslah dilaksanakan dengan amanah dan penuh iltizam dengan matlamat untuk membentuk ummah yang berkualiti di kalangan penduduk kampung yang berbeza umur.Menurut beliau,perlantikan seorang imam masjid ini adalah berdasarkan daripada keputusan sepakat dari pihak Jabatan Agama Islam Negeri dan dipersetujui oleh ahli-ahli yang lain.Beliau menyambut tanggungjawab yang diberi ini dengan hati yang terbuka dan ikhlas hanya kerana Allah.Bagi saya,beliau tidaklah merasakan tugas menjadi seorang imam ini adalah suatu tugas yang luar daripada lapangan beliau,kerana mungkin beliau telah mewarisi sifat kepimpinanya itu daripada ayah beliau sendiri.Sebelum beliau dilantik sebagai imam masjid di kampung ini,tugas sebagai imam masjid telah dibawa oleh ayah beliau sendiri.

No comments:

Post a Comment