Wednesday, February 9, 2011

~PeRaNtAu~

Harapan yang digalas,sentiasa menjadi pembakar semangat beliau untuk terus berusaha dalam pelajaran beliau.Akhirya,usaha yang gigih telah membuahkan hasil.Beliau dinobatkan sebagai salah seorang pelajar cemerlang di Kedah dan ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di Mesir.Sebagai anak yang soleh,keputusan bukanlah terletak pada tanganya sahaja tetapi terletak pada restu kedua orang tuanya.Pada tahun itu,tidak ramai pelajar yang dapat meneruskan jihat belajar ke negara luar,dan beliau adalah salah seorang pelaajar yang dipilih untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir.Dengan restu dan harapan yang tinggi oleh kedua orang tua beliau,Ustaz Asri melangkah meninggalkan kampung halaman serta kaum keluarga yang tercinta.Harapan kedua orang tuanya digalas dengan penuh tanggungjawab dengan harapan dapat membuahkan bunga-bunga kejayaan dari negara suci Mesir.Beliau bersama beberapa orang sahabat seperjuangan telah dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia di bawah salah satu biasisiwa terbesar di negara kita.Beliau melanjutkan pelajaran dalam jurusan Usuludin di salah sebuah yang tersohor hingga sekarang juga masih ramai pelajar negara kita memohon untuk menjadi salah seorang pelajar di universiti tersebut,iaiti Uiversiti Al-Azhar,Mesir.
Dengan pengalaman yang ada semasa remaja,beliau sudah terisi dengan seribu satu keberanian untuk berdikari jauh dari pengawasan keluarga.Apa yang beliau pengang ialah,restu Allah s.w.t. ialah terletak pada restu kedua ibu bapa.Jadi,dengan semangat itulah beliau jadikan pendorong untuk meneruskan jihad beliau di tanah Mesir itu selama 4 tahun.Dalam masa itulah,pengalaman demi pengalaman dikutip oleh beliau untuk memenuhi ilmu di dada.Bagi beliau,ilmu itu ada di mana-mana sahaja,yang penting,bagaimana cara kita untuk mengolah sesuatu keadaan itu untuk dijadikan santapan minda.Saya amat terusik dengan kata-kata beliau semasa berhadapan dengan beliau.Secara tidak langsung,saya amat mengaguminya sebagai seorang pengongsi pengalaman dan ilmu.Beliau juga telah beberapa kali mengerjakan umrah bersama-sama rakan yang lain.Beliau ada menyebut perbezaan pelajar Malaysia di Mesir pada zaman sekarang dengan pada zaman pengajiannya dahulu.Beliau banyak melihat pelajar kita bayak menghabiskan mwsa cuti mereka untuk melawat negar-negara barat yang mana bagi mereka amat menarik untuk dilawat.Beliau memberi pendapat,kenapa tidak pelajar kita yang sudah hampir dengan tanah suci Mekah dan Madinah,pergi untuk mengerjakan umrah terlebih dahulu,kerana peluanng itu amatlah bermakna jika ingin dibandingkan dengan rakyat Malaysia yang berhajat untuk menjejakkan kaki ke tanah suci,tetapi tidak berkesampaian.
Jadi,suka untuk memberi pandangan kepada rakan-rakan yang mempunyai peluang yang lebih baik dari rakan di Malaysia,pergilah kerjakan umrah ataupun berjaulahlah di tanah suci yang terhamparnya seribu satu kisah sejarah khalifah-khalifah Islam yang agong pada suatu ketika dahulu.Jika saya diberi peluang itu,tidak akan saya sia-siakan masa cuti yang ada dan saya akan mengembara mencari ilmu yang amat dituntut dalam Islam.Selama 4 tahun itulah beliau menimba sebanyak mungkin ilmu akidah islamik untuk dibawa pulang ke Malaysia dan berbakti untuk anak bangsa di bumi sendiri.4 tahun menimba ilmu,akhirnya,beliau telah berjaya membawa pulang segulung ijazah yang telah lama dinanti oleh ahli keluarga.Pulangnya seorang anak muda ini bukanlah hanya untuk dibangga-banggakan semata-mata tetapi,pulangnya beliau membawa sinar baru dalam masyarakat setempat.


No comments:

Post a Comment